MUQADDIMAH
Manusia bebas untuk berfikir dengan anugerah akal kurniaan Allah S.W.T. Menggunakan nikmat akal dengan cara yang betul dapat membawa kepada kebaikan. Manusia juga dikurniakan nafsu sebagai satu keperluan, tetapi nafsu banyak mengarah kepada kejahatan. Akal dan nafsu sentiasa berlawanan antara satu sama lain. Akal semata-mata tidak menjamin sebarang kebaikan, jika tidak dipandu oleh Syariat Allah S.W.T.
Umat Islam hari ini bukan saja menghadapi serangan berbentuk fizikal, tetapi yang amat membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat perdebatan. Sehingga apa yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W bahawa ‘Perselisihan di kalangan umatku adalah satu rahmat’ kadang-kadang berlaku sebaliknya yaitu menjadi perpecahan. Ini bukan saja akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ritual ibadah mereka juga turut menjadi sasaran.
PENGERTIAN KHILAF
Khilaf membawa maksud: tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam ertikata lain, setiap orang mempunyai perbedaan sama dalam perkataan maupun pendapat.
Khilaf juga memberi arti tidak sama. Oleh karena itu, setiap yang tidak sama dikatakan khilaf.
Para Fuqaha telah mentafsirkan al-Khilaf dengan makna:
"Sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah ( masalah yang tida nas ) tanpa memandang betul, salah atau ganjil pendapat yang dikemukakan".
Jika ijtihad itu betul, maka akan mendapat dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala. Menjadi satu adab yang dilakukan oleh mereka bahwa mereka tidak menyalahkan diantara satu sama lain bahkan menghormati pandangan sesama mereka.
Dr. Yusof Al-Qardawi telah memberikan pandangan bahawa memberikan kefahaman yang diharapkan mestilah diserahkan kepada ulama' yang jauh dari pemerintah pada sudut pengaruh kuasa dan penghormatan. Mereka lebih dipercayai melalui ketulenan ilmu dan kekuatan mereka terhadap pegangan agama.
Oleh yang demikian Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah berasaskan akal yang sehat, disiplin ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan, sentimen, kepentingan sesuatu dan emosi.
SEBAB-SEBAB KHILAF DALAM ISLAM
Islam memerintahkan kepada kita supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat. Dalam Al-Quran Allah S.W.T telah menyatakan: